Selasa, 18 Mei 2010

Dato Pa sambut hari guru di Sekolah Orang Asli.







JELI: Sambutan Hari Guru di sekolah penempatan Orang Asli dekat Sungai Rual, di sini, menerima kejutan apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, hadir untuk meraikannya. Mustapa yang diiringi Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Jeli, Kamaludin Ismail, tiba di sekolah itu kira-kira jam 11 pagi dan disambut warga sekolah berkenaan pada sambutan diadakan secara sederhana itu.

Mustapa turut berkesempatan menyampaikan ucapan ringkas kepada kira-kira 53 murid Orang Asli yang sedang mengikuti kelas pembelajaran komputer di sekolah berkenaan.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rual, Baharuddin Daud, berkata sambutan Hari Guru tahun ini memberi pengertian lebih bermakna kerana mereka yang dikejutkan dengan kehadiran Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli ke sekolah itu. “Kami tidak menduga kehadiran Mustapa dan kerana itu sambutan peringkat sekolah ini diadakan secara sederhana tanpa ada persiapan tertentu. “Selaku warga pendidik di sini, kami amat menyanjung tinggi komitmen beliau kerana sudi bersama kami meraikan sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun ini. “Langkah itu sekali gus menyuntik semangat kami sebagai pendidik untuk terus memberi perkhidmatan berkualiti dan terbaik kepada murid di sini walaupun kami berkhidmat di sekolah masyarakat Orang Asli yang terletak di pedalaman,” katanya. Sementara itu, Mustapa berkata, kehadirannya pada sambutan itu tahun ini bagi menunjukkan kesungguhan kerajaan yang sentiasa memberi perhatian terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik termasuk mereka sedang berkhidmat di pedalaman. Katanya, hakikatnya kerajaan amat menghargai tanggungjawab warga pendidik dalam pembangunan negara selaras tema sambutan kali ini ‘Guru Pembina Negara Bangsa’.

Isnin, 17 Mei 2010

Dato' Nik Aziz Sangat Sayangkan DAP

bagaimanakah Hubungan di anatra Parti Pas dengan DAP?. Adakah Parti Pas dapat menguasai DAP dan berjayakah perjuangan Pas untuk mewujudkan sebuah Negara Islam. Bagaimanakah dengan DAP? Siapakah yang menjadi Balaci dan Pencacai? untuk mengetahuinya, sila ikuti blogger Cucu Tok Selampit ( sini )

Jumaat, 30 April 2010

Dato' Ibrahim Ali memohon maaf



Dato' Ibrahim Ali memohon maaf tentang kelancangan ulasan Dato' Nik Aziz semasa berkempen dan mengulas larangan menjadikan masjid sebagai tempat berkempen politik. kita semua tahu, politik dan agama pada zaman Rasululah dahulu, masjid dijadikan tempat ibadat dan politik, tetapi berbeza kerana kini ia dijadikan markas untuk menfitnah orang lain. Kesanggupan Dato' Ibrahim Ali Memohon ampun dari Sultan Selangor amat disanjung.( sini )
Semasa penulis bersembahyang jumaat di sebuah surau yang dijadikan sebuah masjid ( Kebenaran ), penulis tersentak apabila melihat sehelai kertas iklan yang memaparkan ceramah parti politik mengenai APCO dan penglibatan Israel dalam Keselamatan negara. Sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyebabkan intitusi keagamaan di pandang negatif.

RM 4 juta untuk perang Saraf Politik di Kelantan

Kelantan kena beri penjelasan
Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
30/4/2010

Rakyat perlu tahu sumber RM4j untuk biayai perang saraf lemahkan BN

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan perlu memberi penjelasan terhadap dakwaan penulis blog, Kickdefella yang mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun untuk memburukkan imej dan melemahkan kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, di samping memastikan Pas kekal berkuasa di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, turut mencabar kerajaan Pas mendedahkan sumber kewangan yang disalurkan kepada Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz untuk melaksanakan gerakan tersusun memburukkan Kerajaan Pusat. Beliau yang menyifatkan dakwaan penulis blog berkenaan sebagai serius turut menggesa kerajaan Kelantan segera menghentikan gerakan memburukkan Barisan Nasional (BN) dan Kerajaan Pusat semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Kita mahu kerajaan negeri memberi penerangan kepada rakyat Kelantan di mana RM4 juta ini (diperoleh), adakah wang rakyat digunakan untuk menjatuhkan imej Kerajaan Pusat ataupun wang balak, wang individu atau derma (hasil pemberian balak kepada syarikat).

“Ini bukan RM1,000 atau RM2,000 tetapi RM4 juta, jadi rakyat berhak tahu dari mana sumber ini diperoleh untuk membiayai gerakan ini,” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kelantan di sini, semalam.

Pada majlis itu, 1,194 peserta ditauliahkan terdiri daripada pengerusi dan setiausaha JKKKP membabitkan 14 kawasan Parlimen.

Semalam, akhbar melaporkan Kickdefella mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan pentadbiran Abdullah ketika menjadi Perdana Menteri dan memastikan Pas kekal berkuasa di Kelantan.
Kickdefella dilaporkan membuat dakwaan berkenaan di blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Mustapa juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan Kickdefella itu.

Sementara itu, Ahmad Fadhli mendakwa tidak tahu mengenai peruntukan RM4 juta seperti didakwa penulis blog, Kickdefella.

Beliau yang namanya turut dikaitkan dalam blog Kicdefella itu bagaimanapun berkata, akan membawa perkara itu untuk dibincangkan pada peringkat kepemimpinan parti